Visit
Official Website
Login
0

Modul Aktiviti Strategi PdP Pendidikan Seni Tahun 3 KSSR

Modul Aktiviti Strategi PdP Pendidikan Seni Tahun 3 KSSR

Modul Aktiviti Strategi PdP Pendidikan Seni Tahun 3 KSSR

Weight: 300 g
Quantity
✅READY STOCK✅

 

Siri Modul Aktiviti Strategi PdP KSSM diterbitkan khusus untuk memenuhi keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia, dengan tumpuan pada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sebaqgaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Siri ini dirancang dan digubaldengan konsep dwifokus untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran serta memenuhi keperluan PBD - Pentaksiran Formatif dan Pentaksiran Sumatif (Ujian Akhir Sesi Akademik) terkini. Siri ini turut memenuhi keperluan DSKP, buku teks dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Dalam usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan kepada murid, siri ini juga menerapkan konsep mesra pengguna daklam reka letak, susun atur, serta pemilihan fon. Selain nota komprehensifdan praktis efektif, kandungan siri ini turut menggabungjalinkan elemen-elemen seperti Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT); i-THINK; Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Kesenian, Matematik (STEAM); Modul Pendidikan Sivik; Modul Pendidikan Keselamatan Jalan Raya; dan Modul Pembelajaran Abad Ke-21(PAK-21) untuk membantu murid menguasai silibus dan pelajaran. Pendekatan integrasi ini diharapkan dapat membantu murid untuk memahami pengajaran yang disampaikan oleh gurudi sekolah dengan lebih berkesan.

Selain itu, siri ini turut menyediakan pakej dwiversi yang dilengkapi elemen Mesra Kelas Hibrid dan Kelas Pintar seperti naskhah guru digital (online / offline), audio, pautan video, akiviti interaktif, video tutorial, kuiz, nota PowerPoint dan praktis ekstra yang sesuai dengan transformasi pendidikan seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013 - 2025.

Dengan pendekatan dwifokus, dwiversi, dinamik, holistik, inovatif dan kreatif, siri Modul Aktivit Strategi PdP KSSM ini diharapkan dapat membantu guru untuk melaksanakan PdP dengan menggunakan kaedah terbaik dalam pelbagai situasi sekali gus membantu murid untuk menguasai pelajaran dan kemahiran yang ditetapkan. Gabungan elemen bersepadu dengan suntikan kenvensional dan digital ini diharapkan dapat memacu dunia pendidikan agar menjadi lebih progresif dan memenuhi objektif yang digariskan dalam PPPM 2013 - 2025.

 

*Our products are 100% original from manufacturer and we are authorised distributors for most famous brand



You have 0 items in you cart. Would you like to checkout now?
0 items
Subscribe Newsletter